Saturday, 14 April 2012

Cara Cara Membuat Pakaian

Membuat pakaian
Terdapat tiga peringkat dalam menghasilkan pakaian iaitu perancangan, pelaksanaan, dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja.pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.
1)     Penilaian  perlulah mengandungi rekod kerja dan hasil kerja.
Rekod kerja  mengandungi :

  • Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang
  • Fabric yang digunakan
  • Ukuran badan
  • Proses menjahit
  • Melakar pola
  • Susun atur pola
  • Langkah menjahit
  • Pengiraan kos
2)   Pelaksanaan pula dari segi
  • Menyediakan pola
  • Membentang dan menyusun atur pola
  • Menggunting
  • Menjahit
3)    Perancangan pula terbahagi kepada tiga iaitu pemilihan stail pakaian dan penyedian rekod kerja.
Pemilihan stail pakaian

  • Penghilangan gelembung-lisu pemadan
  • Kelim-kelim belah kangkung
  • Belah- belah berlapik, belah berzip
  • Gari leher- lapik berbentuk
  • Penyudah tepi- kelepet lurus
  • Lengan- lengan padanan rata
  • Kancing-butang katup, cangkuk, dan palang.
Penyediaan rekod kerja
  • Lakaran stail pakaian
  • Fabric yang digunakan
  • Ukuran badan
  • Proses menjahit
  • Melakar pola
  • Susun atur pola
  • Langkah menjahit
  • Pengiraan kos

Panduan memilih stail pakaian individu
Tinggi dan gempal
- Fabrik: nipis, lembut sederhana, tebal an lembut
- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tegak, saiz sederhana

Tinggi dan lansing
- Fabrik: sederhana tebal
- Warna: terang dan cerah
- Corak: melintang, tabur dan sebar saiz besar

Rendah dan Gempal
- Fabrik: sederhana nipis, lembut
- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tabur saiz kecil, tegak, dan serong

Rendah dan kurus
- Fabrik: sederhana tebal
- Warna: cerah dan terang
- Corak: kombinasi tegak dan melintang, tabur saiz besar

Jenis Jenis Mesin Jahit



Jenis-jenis mesin jahit:

1) Mesin Jahit Tangan
- Mesin jahit tangan adalah mesin jahit pertama diperkenalkan. Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang.


2) Mesin Jahit Kaki
-Mesin jahit kaki merupakan penyelesaian masalah kepada mesin jahit tangan. Kedua2 tangan dapat berfungsi mengawal fabrik, manakala kaki digunakan untuk memusingkan roda imbang.


3) Mesin Jahit Elektrik
- Mesin jahit elektrik digerakkan dengan kuasa elektrik. Masih menggunakan kaki untuk menekan pedal kawalan.


4) Mesin Jahit Elektronik- Mesin jahit elektronik merupakan mesin jahit terkini yang canggih. Mesin jahit ini boleh menjahit pelbagai jenis jahitan atau corak dengan hanya menekan butang tertentu.

Kenali Alatan Menjahit



PERALATAN JAHITAN
-Peralatan  jahitan yang terkini dan canggih dapat meningkatkan kuantiti barangan dan menghasilkan mutu kerja ynag lebih profesional
-kerja menjahit akan menjadi mudah,kemas dan berkualiti jika alatan jahitan dipilih,diguna dan dijaga dengan betul.

Alatan jahitan terbahagi kepada:

  • alatan mengukur=pita ukur,pembaris lurus
  • alatan mendraf=pembaris sesiku,pembaris melengkung
  • alatan menanda=roda surih dan karbon tukang jahit,kapur tukang jahit
  • alatan menggunting=gunting,snipper
  • alatan menekan=seterika,bod seterika
  • alatan menjahit=mesinjahit,jarum tangan
  • alatan lain=jarum peniti,threader,jidal,peretas.
-pemilihan peralatan dibuat berdasarkan jenis alatan terkini,kualiti,keperluan dan harga yang berpatutan.
-alatan jahitan perlu dijaga dengan baik supaya selamat digunakan dan tahan lama
-penggunaan alatan mestilah mengikut tujuan tertentu dan mematuhi langkah keselamatan.

Bab 1 : Organisasi Bengkel dan Keselamatan


Pengurusan Organisasi dan Bengkel Keselamatan
  1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
  2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
Struktur Organisasi Bengkel
  1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

Langkah Keselamatan (Amalan 4M)


Membersih
  • Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
  • Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
  • Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
  • Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
    1. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
    2. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi
Menyusun Atur
  • Guna alat mengikut kegunaannya.
  • Simpan alat di tempat yang betul.
  • Menilai Diri dan Tempat Kerja.
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tak berminyak.
  • Mendisiplin.
  • Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Menilai Diri dan Tempat Kerja
  • Pencahayaan yang cukup.
  • Peredaran udara yang baik.
  • Lantai kering dan tidak berminyak.
Mendisiplin
  • Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Apakah Kemahiran Hidup?

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.

Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.