Bahan-bahan:
½ biji kelapa, 1 cawan gula putih, 2 cawan tepung beras, ½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur, ½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
½ biji kelapa, 1 cawan gula putih, 2 cawan tepung beras, ½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur, ½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
caranya:
Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan
dalam bekas, sejukkan sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air
& sedikit air kapur, kacau rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau.
Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga
acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak
(40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3
bekas & titikkan warna yang disukai.
Kuih Ketayap
Bahan-Bahan:Bahan inti:150 gm gula merah, ¾ cawan air, ½ biji kelapa parut, garam, daun pandan,
1 cawan tepung gandum, 1 ½ cawan santan, 1 biji telur, 2 helai daun pandan
Cara:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
Kuih Keria
Bahan-Bahan:
600 gm keledek150 gm tepung gandum¾ cawan gula putih
Minyak Garam
Cara:Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Ketepikan. Keledek tadi dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil 1 camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment