Saturday 19 May 2012

Bab 3 Elektrik

 SUMBER ELEKTRIK



1Elektrik adalah sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian.
 Tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada sumber yang pelbagai
1.Kemagnetan
2.Tindakan kimia
3.Cahaya

TINDAKAN KIMIA

Tindakan kimia boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik
Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya.
Elektron mengalir daripada punca negatif ke punca positif
Dua cara tindakan kimia
-Sel Basah
-Sel Kering

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan sel kering adalah 1.5 volt.
Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam dan alat mainan.
Kelemahannya, sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis.

  Jenis-Jenis Sel

SEL ALKALI
Digunakan pada alat voltan rendah seperti lampu suluh dan radio
Tidak boleh dicas semula


SEL LITHIUM
Digunakan dalam jam tangan
Tidak boleh dicas semula

SEL MERKURI
Digunakan dalam peralatan voltan tinggi dalam jangka masa yang lama.
Tidak boleh dicas semula

SEL NIKEL KADMIUM
Digunakan pada telefon bimbit
Boleh dicas semula

Plag 3 Pin 13 Ampere





BIRU   -    NEUTRAL(N)
HIJAU   -   EARTH (E)
PERANG LIVE (L)

REFLEKSI


1.Tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada 3 sumber? Nyatakan.
2.Nyatakan 4 jenis tenaga yang boleh dihasilkan daripada tenaga elektrik?
3.Nyatakan fungsi 6 alatan tangan yang digunakan dalam kerja pendawaian elektrik?
4.Nyatakan 5 jenis wayar?
5.Nyatakan 3 jenis plag?
6.Nyatakan 3 jenis tamatan plag 3 pin 13 ampere?
7.Apakah fungsi fius di dalam litar?


No comments:

Post a Comment