Saturday 19 May 2012

Bab 5 Jahitan (Teras)


ALATAN JAHITAN


Gunting
Kegunaan
untuk memotong kain dan benang
Jarum peniti
Kegunaan
untuk menyemat kain dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel
Penetas
Kegunaan
untuk membuka semula jahitan yang silap
Kapur penanda
Kegunaan
untuk menanda garisan potongan dan jahitan
Pita Pengukur
Kegunaan
untuk mengukur di atas kain dan kertas

MESIN JAHIT


Sebuah mesin jahit model lama


Jenis dan fungsi mesin jahit
Mesin jahit tangan
Mesin jahit lama. menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang
Mesin jahit kaki
Mesin jahit yang murah dan popular, menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang
Mesin jahit elektrik
Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang
Mesin jahit elektronik
Mesin jahit dikawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan kuasa elektrik




Mesin jahit kaki


Mesin elektrik



Mesin tangan


Mesin elektronik

Bahagian mesin jahit


1. Roda Imbang 2. Tiang Benang 3. Tuas penekan 4. Spring Pemegang
5. Jarum Benang 6. Gigi Penolak 7. Tiang penggulung benang 8. Pelaras mata jahitan


Roda Imbang
Kegunaan : Mengawal pergerakan mesin
Tiang Benang
Kegunaan : Memegang benang
Tuas benang
Kegunaan : Menarik dan mengawal pergerakan benang
Spring pemegang benang
Kegunaan : Megawal benang
Gigi penolak
Kegunaan : Menolak fabrik semasa menjahit
Tuas pelaras
Kegunaan : Melaraskan jarak mata jahitan
jarum
Kegunaan : Memasiukkan benang jahitan ke dalam kain



Persediaan sebelum menjahit mesin
Menyediakan benang atas
Letakkan buku benang pada tiang benang
Sediakan jarum mesin
Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang
Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang
Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum


Langkah-langkah memasang benang ats
Menyediakan benang bawah


Menggulug benang dalam gelendung
Gulung benang dalam gelendung
Masukkan gelendung dalam sekoci

Memasukkan sekoci
Keluarkan benang bawah
Melaraskan jahitan
Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan

Melaras jarak jahitan
Melaras jenis fabrik





Semasa menjahit
Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan
Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik
Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit
Turunkan tuas angkat
Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit



Selepas menjahit
Hentikan putaran roda imbang
Naikkan jarum mesin
Naikkan tuas angkat
Tarik fabrik ke belakang
Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan
PENYELEGARAAN MESIN JAHIT


Meminyakkan mesin


Antara bahagian yang perlu diminyakkan

Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:
i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat
ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseraan


Menggantikan jarum


Jarum perlu digantikan sekiranya
a. tumpul
b. patah
Longgarkan skru memengan jarumMengeluarkan jarum yang patah
keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi
Gantikan dan masukkan jarum yang baru
Ketatkan semula pemegang jarum
Jahitan bermasalah
Mata jahitan longgar
Jarum tidak dipasang dengan betul - Betulkan pemasangan jarum
Gelengdung tidak dipasangkan dengan betul dalam sekoci - Betulkan pemasangan gelendung
Benang atas longgar - tegangkan benang diceper penegang benang
Kelim berkedut

Benang bawah berkedut/berserabut

Mata jahitan melangkau

ARTIKAL JAHITAN

Artikal jahitan mudah yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut:
Sarung tangan
Alas dulang/meja
Tuala tangan
Penutup TV

Contoh Artikel jahitan : Sarung tangan
JENIS JAHITAN HIASAN

Jenis jahitan hiasan yang boleh digunakan adalah jahitan tangan seperti berikut:


Jahitan Kia



Jahit Silang Pangkah



Insang Pari

PEGIRAAN KOS


Kos bahan
Kos bahan ialah kos yang dikenakan ke atas bahan-bahan yang digunakan semasa mengeluarkan produk
Kos upah
Kos Upah ialah kos yang dikenakan untuk membayar upah tenaga kerja x dengan masa kerja
Kos sampingan
Kos sampingan ialah lain-lain kos yang dikenakan semasa proses pengeluaran seperti air, elektrik dan sebagainya

Contoh Kos pengiraan

Kos Bahan
Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Kos (RM)
1 Fabrik benang kapas 0.5 meter RM1.00
2 Benang jahit RM0.10
3 Span 0.5 meter RM1.00 RM1.00


Kos Upah
1 1 jam x seorang pekerja RM2.00 RM2.00


Kos sampingan
1 Elektrik RM0.50 RM0.50

1 comment:

  1. JT Casinos - Missouri - JT Casinos - JTHub
    JT Casinos in the 양주 출장마사지 State of 양주 출장샵 Missouri. JT casinos in Missouri. JT casinos in 안양 출장안마 Missouri. See 군포 출장샵 all JT casinos with JT sign up bonus. 동해 출장마사지

    ReplyDelete